Selasa, 11 November 2014

TIPS UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SIHAT

 Apa khabar semua !!!!!

Kepada pengunjung blog saya yang ingin menurunkan berat badan tetapi masih gagal. Ini adalah tips-tips yang saya dapat dan ingin berkongsi kepada anda. Buat pengetahuan kepada semua, saya pernah gemuk dengan berat yang berlebihan sehingga ke tahap obesiti. Berat saya dulu semasa saya 19 tahun ialah 93 kg !!!. Alhamdulillah saya dapat menurunkan berat badan kepada normal.

Menurunkan berat badan bukan perkara yang mudah dan cepat, Saya mengambil masa selama 9 bulan untuk turunkan berat badan.  Untuk turunkan berat badan perlu usaha yang gigih dan berterusan. Menurunkan berat badan secara drastik juga mendatangkan keburukkan kesihatan kepada anda ,oleh itu saya sarankan anda memulakan azam dan kekalkan usaha anda sehingga berjaya.
 SLOW AND STEADY ~~!!



Tips ialah
-BANYAK MINUM AIR.
Air dapat membuangkan toksik dalam badan kita, oleh itu air sangat bagus kepada kita. Banyakkan minum air juga dapat mengurangkan rasa lapar dalam perut. Saya amalkan tips ini bila saya lapar pada waktu malam. Kita hendak minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

-KURANGKAN MAKAN NASIK DAN LEBIHKAN SAYUR DAN BUAH.
.Bagi orang menjadikan nasi sebagai hidangan utama boleh amalkan satu senduk nasi dalam satu hidangan. Tidak dapat menafikan bahawa nasi  boleh mengemukkan anda tetapi nasi juga merupakan sumber karbohidrat kepada badan kita. Sayur dan buah jangan lupa ditambah dalam menu anda walaupun jumlahnya sedikit.Buah seperti limau juga dapat membantu menurunkan berat badan anda. Saya amalkan minum air sirap limau setiap hari.

-BANYAKKAN EXERCISE .
Excercise yang paling baik  hendaklah dilakukan 3 kali seminggu. Tempoh excercise adalah tidak terlalu lama dan tidak terlalu singkat. Excercise yang saya amalkan ialah joging selama 30 minit. Amalkan senaman selepas excercise bagi menyejukkan badan anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan