Selasa, 16 Disember 2014

Selasa, 18 November 2014

EKONOMI: KEANJALAN

 KEANJALAN PERMINTAAN HARGA
-Definisi:
Satu ukuran bagaimana responsifnya kuantiti diminta bagi sesuatu barang kepada perubahan dalam harga barangan tersebut dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah.

-Formula:


-Jenis Keanjalan
1)Permintaan Anjal (Ed>1)
-Peratus perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada peratus perubahan harga

2)Permintaan Tidak Anjal (Ed<1)
-Peratus perubahan kuantiti diminta lebih kecil daripada peratus perubahan harga

3)Permintaan Anjal Satu / Uniti (Ed=1)
-Peratus perubahan kuantiti diminta sama dengan peratus perubahan harga

4)Permintaan Anjal Sempurna (Ed=)
-Peratus perubahan harga yang kecil menyebabkan kuantiti diminta berubah dengan pertusan yang paling besar

5)Permintaan Anjal Tidak Sempurna Ed=0)
-Perubahan harga tidak menyebabkan sebarang perubahan kuantiti diminta


Penentu Keanjalan Permintaan Harga
1) Bilangan Barang Pengganti
-Semakin banyak pengganti bagi sesuatu barang, semakin tinggi keanjalannya,
-Semakin sedikit pengganti bagi sesuatu barang, semakin rendah keanjalannya

2)Barang Mesti dan Barang Mewah
-Barang yang dianggap sebagai barang mewah mempunyai keanjalan permintaan harga yang lebih tinggi daripada barang mesti

3)Peratusan Pendapatan Yang dibelanjakan ke atas sesuatu barang
-Semakin banyak pendapatan dibelanjakan suatu barang, semakin tinggi keanjalannya
-Semakin sedikit pendapatan dibelanjakan susatu barang, semakin rendah keanjalannya

4)Masa
-Semakin banyak masa untuk membuat perubahan, semakin tinggi keanjalannya
-Semakin pendek masa untuk membuat perubahan, semakin rendah keanjalannya.



KEANJALAN PERMINTAAN SILANG
Definisi: Mengukur bagaimana responsifnya kuantiti diminta sesuatu barag terhadap perubahan harga barang lain

Formula:

-Exy > 0 Barang Pengganti
-Exy < 0 Barang penggenap






KEANJALAN PERMINTAAN PENDAPATAN
DefinisiMengukur bagaimana responsifnya permintaan bagi sesuatu barang terhadap perubahan dalam pendapatan

Formula:
-Ey > 1: anjal pendapatan adalah barang normal (barang mewah)
Ey < 1: tak anjal pendapatan
Ey = 1: anjal satu (unit) pendapatan
0<Ey<1: tak anjal pendapatan adalah barang normal (barang mesti)
     Ey < 0: barang inferior




KEANJALAN PENAWARAN HARGA
-Definisi
Mengukur bagaimana responsifnya kuantiti ditawar kepada perubahan dalam harga


-Formula:


-Penawaran anjal (Es > 1)
-Penawaran tak anjal (Es < 1)
-Penawaran anjal unit (anjal satu) (Es = 1)
-Penawaran anjal sempurna (Es = atau infiniti)
-Penawaran tak anjal sempurna (Es = 0)



Penentu Keanjalan Penawaran Harga
1)Masa: semakin lama masa yang diambil untuk menyesuaikan keadaan dengan perubahan harga, semakin tinggi keanjalan penawaran harga kerana untuk menambah atau megurangkan pengeluaran mengambil masa

2)Penggantian Sumber: sesuatu barang yang tidak boleh dikeluarkan dengan menggunakan sumber-sumber lain yang biasa diperolehi, keanjalan penawaran adalah rendah.